Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

99) SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapahkan jumlah pesakit yang menerima skim jantung dari tahun 2023 hingga kini?

    Jumlah pesakit yang telah menerima rawatan dari Skim Rawatan Jantung dari tahun 2023 sehingga 25 Jun 2024 adalah seramai 318 orang.

  2. Berapakah hospital panel sedia ada yang terdapat di Negeri Selangor dan bilangan rujukan pesakit kepada setiap hospital ? dan juga jumlah kos rawatan kepada setiap individul yang telah dibayar kepada hospital tersebut?

    Jumlah panel hospital di bawah Skim Rawatan Jantung adalah sebanyak 3 buah hospital iaitu Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dan UiTM Specialist Centre, Sungai Buloh. Perincian kos rawatan bagi setiap hospital tersebut adalah seperti berikut:

    No Panel

    2023

    2024

    Bil. Pesakit (No.)

    Jumlah kos rawatan (RM)

    Bil. Pesakit (No.)

    Jumlah kos rawatan (RM)

    1 Institut Jantung Negara (IJN)

    265

    1,348,232.59 7

    186,725.65

    2 Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)

    21

    243,596.46 5

    137,511.43

    3 UiTM Specialist Centre, Sungai Buloh

    16

    301,194.01 4

    124,415.75

      Jumlah Keseluruhan

    302

    1,893,023.06 16

    448,652.83

  3. Adakah kerajaan mempunyai cadangan bagi menambah hospital panel?

    Kerajaan Negeri bersedia menambah bilangan hospital panel bagi Skim Rawatan Jantung tertakluk kepada kesediaan pihak hospital menepati syarat dan caj perubatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Hospital yang berminat bagi menjadi hospital panel boleh berhubung dengan pihak Selcare Management Sdn. Bhd. untuk maklumat lanjut.

Lampiran

Tiada Lampiran.