Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
95) AIRBNB
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perbezaan konsep antara homestay dan Airbnb dan undang undang yang diikat kedua- dua komponen?
Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pengguna akan tinggal di rumah pengusaha homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Pengguna berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian dan kebudayaan masyarakat setempat termasuk mengenali dengan lebih dekat tentang kebudayaan mereka. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada lifestyle yang berunsurkan pengalaman.
Homestay yang berdaftar di bawah program ini tidak terhad kepada perkhidmatan lojing sahaja seperti premis penginapan pelancongan yang lain termasuk hotel tetapi turut juga mengambil kira aktiviti-aktiviti pelancongan berasaskan komuniti setempat seperti sukan rakyat, acara kebudayaan, rewang, perayaan, aktiviti ekonomi Industri Kecil dan Sederhanan (IKS) dan sebagainya.
Manakala, bagi Airbnb pula, adalah sebuah platform bagi penyediaan penginapan kepada pelancong dengan menyewakan rumah, kondominium atau apartmen penduduk tempatan. Pemilik premis perlu mendaftar sebagai ahli AirBnB. Tiada sebarang aktiviti selain penginapan yang disediakan oleh tuan rumah.
-
Bagaimanakah kerajaan memupuk pendaftaran ,menjalankan dan mengawal aktiviti homestay dan Airbnb?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Tourism Selangor (TSSB) sentiasa menggalakkan mana-mana individu yang ingin menjalankan atau mengendalikan premis penginapan berkonsepkan homestay, farmstay atau agrostay hendaklah membuat pendaftaran premis perniagaan kepada MOTAC. Bagi tujuan ini, beberapa siri bengkel telah dilaksanakan bersama pihak Bahagian Pelesenan MOTAC kepada beberapa PBT yang bertanggungjawab dalam mengawal selia homestay yang berada di kawasan seliaan mereka.
Selain itu, hos komuniti setempat juga telah dilantik di setiap daerah bagi membangunkan produk pelancongan berasaskan pengalaman (experiential tourism) yang memberi impak kepada pelancong serta menjana ekonomi pengusaha homestay setempat.
Kerajaan Negeri melalui pihak TSSB sentiasa memainkan peranan dalam memastikan produk homestay yang telah berdaftar ini dipromosikan secara meluas kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa. Terdapat beberapa siri lawatan pengamal media dan agensi pelancongan yang telah diatur oleh pihak TSSB bagi memperkenalkan homestay ini secara langsung.
Untuk makluman, Garis Panduan Pemutihan Inap Dusun di bawah Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) juga sedang dalam fasa kajian semula melalui Focus Group Discussion (FGD) yang telah dilaksanakan oleh pihak MOTAC pada bulan Januari 2024 yang bertujuan mengkaji keberkesanan kawal selia dalam mendepani isu dan cabaran industri pelancongan di Negeri Selangor. Sehubungan itu, semua premis pelancongan termasuk homestay dan Airbnb perlu mendaftar di bawah program tersebut bagi mendapatkan Lesen Tred Perniagaan daripada PBT dan premis pengusaha dapat dipromosikan serta mengikuti program tahunan negeri yang turut mendapat kerjasama daripada pihak MOTAC.
-
Nyatakan bilangan dan lokasi homestay dan Airbnb yang terdapat di seluruh Negeri Selangor ?
Bilangan dan lokasi homestay mengikut PBT yang
berdaftar dengan MOTAC adalah seperti berikut:
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
BIL. SENARAI LOKASI BILANGAN 1. Hulu Bernam 5 2. Kuala Kalumpang 1 3. Kalumpang 11 4. Sungai Gumut 1 5. Kerling 4 6. Ampang Pechah 2 7. Batang Kali 18 8. Rasa 2 9. Hulu Yam 11 10. Serendah 3 11. Peretak 3 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
BIL. SENARAI LOKASI BILANGAN 1. Homestay Banghuris 1 MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
BIL. SENARAI LOKASI BILANGAN 1. Homestay Sg. Sireh 1 2. Homestay Sg. Sembilang 1 3. Homestay Felda Bukit Cherakah 1 MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
BIL. SENARAI LOKASI BILANGAN 1. Homestay Kg. Kundang 13 2. Homestay Batu Laut 13 3. Homestay Kg. Endah 11 4. Homestay Kg. Kanchong Darat 15 5. Homestay Kg. Sg. Lang Tengah 15 Lokasi Airbnb mengikut PBT Majlis Perbandaran Kuala Langat adalah seperti berikut:
BIL. SENARAI LOKASI AIRBNB
1. Homestay Courtyard, Bandar Mahkota 2. Apartment Telok Panglima Garang 3. The Kilns House Jsmart, Jenjarom 4. Rumah Kolam, Kanchong Tengah 5. D’ kesuma Homestay Banting Baru 6. Teratak Sarah Guesthouse, Telok Panglima Garang 7. CozyRizqy Homestay @ Kebun Baru 8. FH Impian Homestay, Olak Lempit 9. D’Melur Homestay, Telok Panglima Garang 10. Snow & Heaven Angel Homestay, Banting 11. Norman ‘s House KLIA, Gamuda Cove Splash Mania 12. Haikaa Retreat @ Tanjung Sepat 13. Dayoh Homestay Kg Sg Kelambu 14. Studio | Gold Coast Morib 15. Ruma Teduh Homestay, Kanchong Darat 16. My Homestay@Morib Gold Coast/Banting/Tanjung Sepat 17. Senda ‘s Residence @ Jsmart, Jenjarom 18. FH Impian Homestay, Olak Lempit 19. Rimbayu Amber 3BR, Bandar Rimbayu 20. Homestay Deliwangi Banting Baru 21. HeritageStay Lao Chu Homestay, Jenjarom 22. The Edge, Tg Sepat 23. Villa Kobun Batu Laut Halal Homestay, Batu Laut 24. Gold Coast Morib Ain Resort, Morib 25. Tiny Homes Banting 26. No. 32 Homestay Selesa Moden, Jenjarom 27. No. 9 Homestay Selesa Moden, Jenjarom 28. Kondo BSP 21, Bandar Saujana Putra 29. Saujana Airways Homestay @ BSP21 31. Chempi ‘s Home, Bandar Saujana Putra 32. Homestay D’Zahra Sofia, Tg Sepat 33. Hana Homestay BSP21 34. Muji Cosy Room Rimbayu Highrise Masha Tenby, Bandar Rimbayu 35. Studio Kasih Morib Gold Coast 36. Aliza Homestay KLIA-Banting 37. Ambil selekoh, Tg Sepat 38. Minions Homestay, BSP 39. Rumah Aina Homestay Bukit Changgang