Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

86) SEHAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan kes yang diterima melalui SEHAT Selangor dari 2019 hingga kini.

    Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) yang diperkenalkan pada tahun 2021 mempunyai dua komponen program intervensi kepada individu yang terkesan dengan masalah mental iaitu talian SEHAT dan subsidi rawatan psikiatri. Selain daripada dua komponen program tersebut, terdapat juga komponen program sokongan lain di bawah Program SEHAT seperti saringan kesihatan mental, program latihan modul kesihatan mental dan program promosi kesihatan mental.

     

    Bilangan kes yang diterima bagi Program SEHAT melalui dua program tersebut, sehingga 31 Mei 2024 adalah seperti berikut:

     

    Bil Sub-program Tahun Penerima manfaat / Bilangan kes
    1. Talian SEHAT 2021 89
    2022 414
    2023 583
    2024 230
    2. Subsidi Rawatan Psikiatri 2022 157
    2023
  2. Berapakah dari kes tersebut memerlukan intervensi pakar? Berapa pesakit yang telah melebihi kuota subsidi 10 sesi?

    Program subsidi rawatan pakar psikiatri hanya memperuntukkan kuota maksimum lima (5) sesi kepada setiap pesakit. Pada tahun 2022, seramai 157 orang pesakit telah menerima bantuan subsidi tersebut manakala sejumlah 124 orang pesakit menerima bantuan subsidi pada tahun 2023. Daripada jumlah penerima tersebut, tiada pesakit yang telah melebihi kuota lima sesi.

  3. Berapakah yang telah dibelanja oleh Kerajaan Negeri untuk program SEHAT ikut tahun?

    Pecahan perbelanjaan mengikut tahun adalah seperti berikut:

     

    Bil.

    Tahun

    Peruntukan (RM)

    1.

    2021

    420,648.00

    2.

    2022

    1,000,000.00

    3.

    2023

    500,000.00

    4.

    2024

    800,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.