Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

85) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan prestasi Dana Bantuan Guaman Selangor.

    Permohonan Dana Bantuan Guaman Selangor sehingga 31 Mei 2024 adalah sebanyak 13 permohonan. Daripada permohonan tersebut, sebanyak 12 kes iaitu 1 kes syariah, 9 kes kekeluargaan sivil dan 2 kes pekerjaan yang telah diluluskan. Terdapat 1 kes kekeluargaan yang ditolak kerana melibatkan kes penguatkuasaan.

    Selangor Bar Council menerima pelanggan “walk-in” yang tinggi untuk mendapatkan khidmat guaman bagi kes-kes mereka iaitu berkait kekeluargaan dan pekerjaan. Namun begitu, terdapat kes yang tidak dapat diteruskan kerana faktor-syarat kelayakan seperti pemohon mempunyai pendapatan melebihi syarat yang ditetapkan, bukan rakyat atau pemastautin tetap negeri Selangor. Selain itu, terdapat kes yang tiada maklum balas lanjut daripada pihak pemohon selepas konsultansi awal diberikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.