Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

82) KESAN KENAIKAN DIESEL

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pandangan kerajaan berkenaan keperluan menyemak semula kontrak-kontrak Kerajaan Negeri sediada memandangkan kenaikan harga diesel?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum pengumuman Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan subsidi diesel bersasar yang turut memberi kesan kepada kenaikan harga diesel semasa di pasaran. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri berpandangan buat masa ini tiada keperluan menyemak semula kontrak-kontrak Kerajaan Negeri sedia ada berikutan dengan kenaikan harga diesel sehingga pengumuman lanjut oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.