Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

80) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR DAN AIRBNB

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status pelaksanaan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar.

    Kerajaan Negeri telah meneliti keperluan untuk menyediakan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada Asrama Pelajar. Walau bagaimanapun perkara tersebut tidak diteruskan kerana asrama pelajar hanya dibenarkan di bangunan komersial sahaja dan perlu melibatkan perubahan material melalui proses permohonan Kebenaran Merancang selaras dengan Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).

  2. Sila nyatakan status pelaksanaan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres untuk kegunaan AirBnB.

    Pada masa kini, draf Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial Di Bangunan Kediaman (Rumah Penginapan) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor masih dalam semakan lanjut, dengan mengambil kira input daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain di peringkat Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.