Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

70) PERSEDIAAN SELANGOR DENGAN PENYELARASAN SUBSIDI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Selangor bersedia kepada rakyatnya dengan pengumuman penyelarasan subsidi yang dibuat pusat? Misalnya penyelarasan subsidi diesel dan bagaimana kita membantu rakyat Selangor bersedia dengan penyelarasan tersebut.

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan bahan api diesel. Di peringkat permulaan penyasaran semula subsidi diesel ini hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia tanpa melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak. Justeru, bermula pada 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam harga baru diesel telah dikuatkuasakan pada kadar RM3.35 seliter. Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan fleet card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

    Bagi individu dan lain-lain golongan yang berkelayakan, Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Budi MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan secara telus bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

    Kerajaan Persekutuan melalui KPDN Selangor melaksanakan program berbentuk (reach out) dan interaktif bersama Kementerian/Agensi serta pihak berkaitan antaranya Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), SUK Selangor serta syarikat-syarikat minyak. Tujuan pelaksanaan program antara lain adalah seperti berikut:-

    1. Penyampaian maklumat secara terus kepada golongan sasar;
    2. Mengelakkan salah informasi dan penyebaran maklumat tidak benar di kalangan rakyat; dan
    3. Meningkatkan pengetahuan berkenaan inisiatif-inisiatif Kerajaan yang sedang dilaksanakan.

    Manfaat daripada program sebegini dilihat lebih besar, telus dan segera sampai kepada kepada golongan sasar. Seperti contoh Pelaksanaan Hari Terbuka SKDS 2.0 (Mysubsidi Diesel) yang telah dilaksanakan oleh KPDN Selangor pada 25 Jun 2024 di Shah Alam Convention Centre. Hari terbuka ini dihadiri lebih 1000 orang pengunjung dan menawarkan perkhidmatan bantuan pendaftaran dan semakan permohonan Mysubsidi Diesel. Terdapat juga kaunter perkhidmatan berkaitan Budi Individu dan Budi Agri Komoditi oleh MOF dan KPKM serta semakan kenderaan oleh JPJ. Syarikat-syarikat minyak turut mengambil peluang untuk turun di lapangan bagi membantu pendaftaran fleet card sewaktu hari terbuka ini dilaksanakan.

    Ini adalah antara langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan rakyat bersedia dengan keputusan melaksanakan subsidi bersasar di samping usaha berterusan dalam mendidik rakyat melalui pelbagai medium; media cetak, media elektronik dan media sosial.

  2. Apakah bantuan dari aspek strategi komunikasi kepada rakyat Selangor yang boleh kita bantu Kerajaan Pusat dalam memberi pemahaman kepada 'grassroot'?

Lampiran

Tiada Lampiran.