Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

64) KENAIKAN KADAR CUKAI PINTU NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini kenaikan kadar cukai pintu baharu untuk semua Majlis Perbandaran di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, 8 PBT di Negeri Selangor iaitu MBPJ, MBSJ, MBDK, MPSP, MPKL, MPHS, MPKS dan MDSB sedang dalam proses menerima bantahan daripada pemilik pegangan di Negeri Selangor dan 3 PBT lagi iaitu MBSA, MPS dan MPAJ telah menerima bantahan dan dalam proses siasatan bantahan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam keputusan kenaikan kadar cukai pintu agar tidak membebankan rakyat di Negeri Selangor?

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keadaan ekonomi semasa dan berusaha tidak membebankan rakyat. Kerajaan Negeri telah menetapkan kenaikan kadar cukai taksiran adalah 25 peratus sahaja jika tiada perubahan matan.

Lampiran

Tiada Lampiran.