Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
59) JUMLAH PELABURAN YANG TELAH BERJAYA DI PEROLEH SEHINGGA KINI BAGI TAHUN 2024
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakan jumlah pelaburan yang telah berjaya di peroleh sehingga kini bagi tahun 2024?
Jumlah pelaburan yang diluluskan di Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024, seperti jadual berikut;-
Sektor Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan Pembuatan / Perkilangan 74 4,206 1,190,590,878 1,973,682,030 3,164,272,908 Perkhidmatan 288 4,155 7,783,853,973 1,464,653,884 9,248,507,858 Jumlah 362 8,361 8,974,444,851 3,438,335,914 12,412,780,766 Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
-
Berapakah jumlah pelaburan yang menjadi sasaran Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2024?
Berdasarkan prestasi pelaburan lepas dan jangkaan prestasi pelaburan global, bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mensasarkan nilai pelaburan berjumlah RM 50 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM 15 bilion disasarkan untuk pelaburan dalam sektor pembuatan/perkilangan dan sebanyak RM 35 bilion untuk sektor perkhidmatan.
-
Apakah tindakan kerajaan bagi mencapai baki sasaran jumlah pelaburan bagi tahun 2024?
Antara tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mencapai jumlah pelaburan yang disasarkan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut;-
- Melaksanakan program – program promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun virtual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di dalam dan luar negara termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur dan dilaksanakan bagi menarik pelaburan baru dan penambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada.
- Memberi penekanan kepada industri – industri tumpuan seperti Sains Hayat, Pembuatan Makanan dan Minuman (F&B), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik, Kelengkapan Pengangkutan seperti industri Aeroangkasa dan Dron serta Mesin dan Peralatan bagi sektor pembuatan / perkilangan. Manakala bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan memberi penumpuan kepada industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.
- Memperkenalkan dan mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui penganjuran program – program pameran tahunan bertaraf antarabangsa seperti Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS).
- Memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, dan Selangor Lab Partnership Program bagi menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan pelaburan yang diperlukan oleh pelabur serta membantu mempercepatkan perlaksanaan projek – projek pelaburan yang dirancang.
- Menggalakkan pembangunan kawasan – kawasan industri baru yang kondusif berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) untuk keperluan para pelabur.
- Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara berkala setiap bulan bagi membantu menyelesaikan isu – isu pelaburan yang dihadapi oleh pihak pelabur agar cadangan projek pelaburan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.