Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
54) KESIHATAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa Jumlah penerima Skim Rawatan Jantung (SRJ)?
Bagi tahun 2024, sehingga 19 Jun 2024, jumlah penerima manfaat Skim Rawatan Jantung (SRJ) adalah seramai 16 orang.
-
Jumlah pemohon SRJ yang ditolak?
Jumlah pemohon SRJ yang ditolak sehingga 19 Jun 2024 adalah seramai 3 orang.
-
Sebab permohonan SRJ di tolak?
Permohonan tersebut ditolak adalah disebabkan oleh perubahan polisi Program SRJ yang menetapkan supaya setiap individu yang layak hanya menerima bantuan sekali sahaja seumur hidup.