Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

50) SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI UKAY PERDANA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa? Sila berikan butiran tapak-tapak yang telah dikenal pasti dan bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan serta berapakah kos yang terlibat.

    Ya, Pihak Jais telah mengenalpasti tapak sekolah agama seluas 5 ekar di atas sebahagian lot tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sekiranya Kerajaan Negeri ingin membangunkan sekolah di Bukit Antarabangsa. Angaran kos bagi pembinaan sekolah baru oleh pihak JKR Selangor ialah sebanyak RM20 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.