Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

46) DEWAN KOMUNITI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk menyelesaikan isu kekurangan Dewan Komuniti di DUN Sentosa?

    Perancangan Majlis untuk menyelesaikan isu kekurangan dewan komuniti di Taman Sentosa adalah dengan membuat kiraan keperluan dewan komuniti atau dewan serbaguna mengikut kepada ketetapan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor berdasarkan jumlah penduduk ataupun unjuran jumlah penduduk pada masa hadapan.

    Contoh kiraan :

    Ketetapan piawaian : 1 dewan serbaguna untuk penduduk melelebihi 15,000 orang

    = Unjuran penduduk tahun 2023 / 15,000 orang

    = 93,251 orang / 15,000 orang

    = 6 buah dewan serbaguna

    Setiap satu tapak dewan memerlukan kawasan seluas 0.25 ekar – 1 ekar.  Di DUN Sentosa telah terdapat 1 unit dewan dan 1 unit Pusat Khidmat Masyarakat. Pada masa kini pihak Majlis telah merancang 1 unit cadangan dewan komuniti di Jalan Songket, Taman Maznah.

Lampiran

Tiada Lampiran.