Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
28) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI TAPAK HANSON, BANDAR MAHKOTA CHERAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan susulan dan perancangan jangkamasa pendek dan perancangan jangkamasa panjang dari pihak EXCO negeri bagi menangani isu bau busuk akibat dari pembakaran sampah haram di tapak Hanson Bandar Mahkota Cheras?
Bagi tindakan jangkamasa pendek, pihak MPKj telah menjalankan kerja-kerja pemadaman api di tapak yang terbakar manakala bagi jangka masa panjang, Notis Tuntutan (LOD) telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dan mereka telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan di tanah milik mereka. Anggaran kos bagi penutupan selamat untuk jangka masa panjang adalah lebih kurang 2 hingga 3 juta ringgit termasuk piping gas iaitu satu sistem yang digunakan untuk mengelakkan kejadian pembakaran bawah tanah terjadi. Pihak MPKj tidak berkemampuan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut kerana melibatkan kos yang sangat tinggi.
-
Mohon Kerajaan Negeri turunkan peruntukkan kepada MPKj yang terpaksa membuat pembersihan di tapak kuari ini.
MPKj tidak menerima peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan atau kawalan kebakaran daripada kerajaan Negeri dan MPKJ mengalukan-alu kan sekiranya pihak kerajaan negeri dapat memberi sejumlah peruntukan agar kerja-kerja penutupan selamat dapat dilakukan.
-
Mohon kaji semula proses monitoring, tindakan dan cara penyelesaian terhadap pembuangan sampah haram di MPKj.
Untuk makluman tuan, pada ketika ini proses pemantauan adalah bergantung sepenuhnya berdasarkan bidang kuasa sedia ada di mana pihak Majlis hanya menggunakan Undang-Undang Kecil dan tiada peruntukan khas serta punca kuasa yang khusus bagi mengekang aktiviti sampah haram.