Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

27) ISU ANJING LIAR DAN KUCING LIAR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk mengawal isu anjing liar dan kucing liar yang semakin berleluasan di setiap PBT?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar yang khusus untuk mengawal isu anjing liar dan kucing liar. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor menggunakan perundangan seperti Akta, Undang-Undang kecil dan pekeliling seperti berikut:

    1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];
    2. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing mengikut PBT masing-masing; dan
    3. Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 5/2014.
  2. Berapa peruntukan yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu PBT mengawal isu ini?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak menyediakan peruntukan yang khusus untuk membantu PBT mengawal isu ini.

  3. Sila senaraikan PBT yang telah menyediakan rumah perlindungan anjing dan kucing liar dengan mengikut lokasi.

    Senarai PBT yang menyediakan rumah perlindungan anjing liar dan kucing liar mengikut lokasi adalah seperti berikut:

     

    BIL. PBT LOKASI
    1. MBSA Persatuan Tahanan Haiwan, Stor MBSA, Seksyen 17, Shah Alam.
    2. MBPJ Persatuan Kebajikan Haiwan Paws (Paws Animal Welfare Society-Paws), Ara Damansara, Petaling Jaya.
    3. MBSJ Taman Perindustrian Puchong Utama
    4. MBDK Pusat Kurungan Haiwan Sementara MPK, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang.
    5. MPS Pusat Tahanan Haiwan MPS, Rawang
    6. MPKj Tapak Semaian Seksyen 13 Bangi.
    7. MPAJ Tiada
    8. MPSp Pusat Tahanan Sementara Sepang, Batu
    9. MPKL Tempat Simpanan Anjing Telok Datok
    10. MPKS Pusat Kurungan Haiwan Sementara (Belakang Stadium Tertutup MPKS)
    11. MPHS Paun Anjing-Kuala Kubu Bharu
    12. MDSB Pusat Kurungan Anjing, Stadium Sungai Besar

    *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.