Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
23) LEBUHRAYA EKVE
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah EKVE akan siap sepenuhnya?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 15 Jun 2024, projek Lebuhraya EKVE telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 89.13% dengan kelewatan sebanyak -5.5% disebabkan masalah kontraktual yang dihadapi bersama pihak sub-kontraktor. Untuk makluman Ahli Yang Berhomat juga, pihak Syarikat Konsesi Lebuhraya EKVE telah menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Ke-Lima (SCA 5) pada 11hb November 2023 yang lalu dengan tarikh penyiapan pembinaan keseluruhan Lebuhraya EKVE yang terkini telah dilanjutkan kepada 31 Disember 2025.
-
Pembinaan lebuhraya ini telah menyebabkan banjir di sekitar kawasan terowong Twin Palm Kajang. Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi isu ini?
Mesyuarat khas membincangkan masalah kejadian banjir di Terowong Twin Palm, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat telah diadakan pada 8 November 2023 di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Keputusan mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-
- Pemaju Tetuan Kueen Lai Villa Sdn. Bhd. diarahkan untuk membina longkang baru di bahagian Rizab Parit dalam ‘ROW’ Lebuhraya EKVE bagi menampung jumlah air yang banyak dari arah upstream. Perunding Icon Consulting diarahkan untuk mengemukakan cadangan pelan ke MPKj untuk kelulusan.
- Tetuan EKVE Sdn. Bhd. diarahkan untuk membina Retention Pond yang baru di dalam ‘ROW’ lebuhraya bagi menampung aliran air dari kawasan sekitar pembangunan Lebuhraya EKVE.
- Tetuan Fabulous Range Sdn. Bhd. perlu menaiktaraf sistem perparitan di Terowong Twin Palm dan menaiktaraf aras level jalan di bahagian dalam terowong tersebut serta mengemukakan terdahulu laporan kaedah pembaikan dan reka bentuk bagi kerja tersebut kepada Jabatan Kejuruteraan, MPKj untuk kelulusan.