Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
15) GOLONGAN OKU DI DALAM ARENA SUKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah atlet kurang upaya yang masih aktif di dalam arena sukan di Negeri Selangor?
Jumlah Atlet Orang Kurang Upaya Negeri Selangor yang masih aktif di dalam arena sukan adalah dianggarkan seramai 500 orang yang merangkumi 10 jenis Sukan Para Sukma iaitu Badminton, Renang, Powerlifting, Boccia, Memanah, Ping pong, Tenpin Boling, Olahraga, Lawn Bowl dan Catur. Bagi Atlet yang telah disenarai panjangkan untuk bertanding di Kejohanan Parasukma XXI Sarawak 2024 adalah seramai 122 orang yang terdiri daripada 97 atlet lelaki dan 25 atlet wanita.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan kurang upaya dalam arena sukan?
Melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan bagi golongan orang kurang upaya seperti Program Senaman OKU Aktif@Hujung Minggu, Program Inspire Eksplorasi Alam OKU, Program Inspire Trail Walk.
Selain program aktif OKU terdapat juga program pencarian bakat baru atlet OKU untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa seperti Program Inspire I-Talent , Program Inspire I-Train, Sinergi Inpsire OKU, Program Karnival Bakat Sukan OKU.
Program kemahiran untuk golongan Orang Kurang Upaya juga telah dilaksanakan seperti Kursus Asas Instruktur Senamrobik dan Kursus Pengenalan Urutan Sukan (Sport Massage) OKU kepada golongan atlet atau bekas atlet OKU untuk mempelajari kemahiran urutan sukan dan kemahiran Instruktur Senamrobik serta mempraktikkan kemahiran ini untuk manfaat diri sendiri dan juga sebagai kemahiran untuk menjana pendapatan kepada atlet atau bekas atlet tersebut.