Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

6) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangun ekosistem pengangkutan awam yang mampan?

    Pada masa ini, semua perkara berkaitan pengangkutan awam adalah di bawah inisiatif Mobiliti Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2023. Inisiatif tersebut merupakan pendekatan yang menyeluruh supaya perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Negeri Selangor dapat diperluaskan, bilangan pengguna dipertingkatkan, perkhidmatan  yang diberikan turut merangkumi kawasan underserved dan model pengangkutan awam yang dibangunkan adalah mampan.

     

    Kemampanan pengangkutan awam adalah dishsarkan melalui inisiatif Mobiliti Selangor tersebut yang merangkumi elemen-elemen first mile dan last mile yang merujuk kepada segmen awal dan akhir perjalanan seseorang sebagai pengguna pengangkutan awam jenis pengangkutan awam yang disediakan kepada umum seperti Bas Smart Selangor dan Demand-Responsive Transit (DRT), kesan kepada alam sekitar melalui penggunaan kenderaan elektrik dan pelepasan karbon serta mikromobiliti seperti e-scooter.

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri mempromosikan penggunaan pengangkutan awam sebagai alternatif kepada penggunaan kenderaan peribadi?

    Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan untuk mengadakan dan meningkatkan promosi inisiatif Mobiliti Selangor melalui hebahan menggunakan platform media sosial Se/angor Mobility selain mengadakan pameran dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam semasa pelaksanaan program-program peringkat Kerajaan Negeri. Melalui promosi tersebut, Kerajaan Negeri menekankan elemen-elemen mobiliti ang dinyatakan di bawah inisiatif Mobiliti Selangor.

  3. Apakah strategi jangka masa panjang Kerajaan Negeri dalam meningkatkan lagi penggunaan pengangkutan awam?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakan kajian bagi menyelaras perkhidmatan Bas Smart Selangor dan DRT serta merangka mobiliti Negeri Selangor melalui pembangunan Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor supaya merangkumi perancangan penyediaan infrastruktur sokongan seperti hentian bas, laluan basikal, laluan pejalan kaki, kenderaan elektrik dan pengurangan pelepasan karbon. Perancangan tersebut adalah merupakan strategi jangka masa panjang yang dirangka untuk  mencapai nisbah mod penggunaan pengangkutan awam dengan kenderaan persendirian pada 60:40 menjelang 2030.

Lampiran

Tiada Lampiran.