Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

408) BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan yang diterima oleh BSK dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dari tahun 2018 sehingga Jun 2024?

    Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. BSK diwujudkan bagi memastikan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh bekas suami/ bapa kepada bekas isteri/ anak-anak.

    Berikut adalah jumlah aduan yang diterima oleh BSK dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dari tahun 2018 sehingga Jun 2024.

     

  2. Berapakah jumlah aduan berulang dalam tempoh tersebut?

    Aduan berulang berlaku apabila pelanggan hadir membuat aduan lebih daripada sekali berkaitan keingkaran pihak bekas suami atau pun bapa membuat bayaran nafkah. Berdasarkan data yang direkodkan oleh Bahagian Sokongan Keluaga, aduan berulang ini melibatkan 475 orang pelanggan.

    Berikut adalah jumlah aduan berulang yang diterima oleh BSK dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dari tahun 2018 sehingga Jun 2024.

  3. Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil atau akan diambil oleh BSK bagi aduan yang berulang.

    Tindakan penguatkuasaan yang telah diambil atau akan diambil oleh BSK bagi aduan-aduan yang dibuat sama ada aduan kali pertama atau pun aduan berulang adalah sebagaimana berikut:

    • Saman Penghutang Penghakiman

    Saman Penghutang Penghakiman bertujuan untuk memaksa penghutang penghakiman hadir ke mahkamah bagi tujuan pemeriksaan. Penghutang penghakiman akan diperiksa secara lisan tentang keupayaannya menyelesaikan hutang penghakiman. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk mendapatkan  apa-apa  harta  yang  boleh digunakan bagi pembayaran hutang. Ringkasnya, tujuan utama  pemeriksaan  ialah  untuk  mencari  jalan  yang terbaik  tentang  cara  manakah  suatu  penghakiman  itu boleh dilaksanakan ke atas penghutang penghakiman

    • Notis Penghakiman

    Notis Penghakiman adalah satu permohonan yang dimohon oleh isteri atau bekas isteri bagi memaksa kehadiran suami atau bekas suami bagi memberikan alasan yang munasabah mengapa mereka tidak mematuhi perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah serta alasan mengapa mereka tidak boleh dipenjarakan akibat pelanggaran perintah nafkah tersebut.

    • Pelaksanaan Perintah Melalui Potongan gaji

    Pelaksanaan perintah melalui potongan gaji melalui perintah tahanan pendapatan tenaga di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 turut dilaksanakan bagi memastikan suami atau bekas suami membuat bayaran nafkah dengan teratur pada setiap bulan serta bagi mengelakkan berlakunya tunggakan nafkah.

    • Hiwalah

    Proses hiwalah adalah proses pelaksanaan perintah melalui pemindahan hutang daripada pihak ketiga contohnya bank kepada pihak pemiutang (bekas isteri atau anak-anak). Pihak penghutang (suami atau bekas suami) akan melepaskan tanggungannya itu supaya pihak yang memegang sebarang kewangan akan melaksanakan pembayaran nafkah tersebut.

    • Sita & Jual

    Proses sita dan jual dimohon oleh bekas isteri atau pun isteri bagi mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk menyita aset alih Penghutang Penghakiman (bekas suami atau suami). Proses sita dan jual ini akan dilaksanakan oleh syerif atau bailif yang akan membuat proses sitaan atau rampasan di premis Penghutang Penghakiman tersebut. Aset tersebut kemudiannya akan dijual melalui proses lelongan awam untuk menyelesaikan hutang yang gagal dibayar oleh suami atau bekas suami.

Lampiran

Tiada Lampiran.