Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
407) ISU PEMBERSIHAN LONGKANG DI KAWASAN PETRON SUNGAI BULOH OLEH PIHAK ROADCARE
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status semasa projek pembersihan yang telah diluluskan untuk kawasan ini?
Laluan yang dimaksudkan adalah laluan FT54, Jalan Kepong – Kuala Selangor. JKR Petaling telah menerima kelulusan peruntukan pembersihan longkang bertutup dan lain-lain kerja berkaitan di seksyen 43.50-44.00 berjumlah RM 30 ribu dan kerja pembersihan longkang tersebut telah siap dilaksanakan. Walaubagaimanapun, longkang di dalam kawasan Petron adalah di bawah senggaraan pihak MBSA.
-
Adakah projek pembersihan ini telah mengatasi masalah air bertakung ketika hujan di kawasan tersebut?
Pembersihan longkang tertutup telah dapat menyelesaikan isu air bertakung di lokasi tersebut. Walaubagaimanpun, JKR Petaling juga telah menerima kelulusan peruntukan pembersihan longkang bertutup dan lain-lain kerja berkaitan di seksyen 45.00-45.80 berjumlah RM 30 ribu dan kerja-kerja pembersihan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Julai 2024 dan dijangka siap pada bulan Ogos 2024.