Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
396) JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI KEUPAYAAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN KETELUSAN SELANGOR (SELCAT)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah kali terakhir SELCAT bersidang?
Mesyuarat terakhir SELCAT (sebelum Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2024) telah diadakan pada 14 Mei 2024 yang merupakan Mesyuarat SELCAT Bilangan 3 / 2024.
-
Apa perkara yang dibincangkan dan apa keputusannya?
SELCAT telah memanggil pihak Pengurusan Skim Insuran Rakyat Selangor (INSAN) untuk memberikan taklimat kepada SELCAT berhubung isu-isu yang timbul menerusi pelaksanaan Skim INSAN. Selepas sesi taklimat tersebut, jawatankuasa telah memutuskan untuk mengadakan Sesi Pendengaran Awam SELCAT berhubung pelaksanaan Skim Insuran Rakyat Selangor (INSAN).
-
Bilakah SELCAT akan datang akan bersidang?
Tarikh mesyuarat SELCAT yang seterusnya akan ditetapkan oleh Jawatankuasa selepas selesai Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2024.