Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

395) SUKMA 2024

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status persediaan dan sasaran kontinjen Selangor untuk SUKMA 2024 di Sarawak? Apakah Selangor mempunyai perancangan untuk menjadi tuan rumah pada masa akan datang?

    Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bakal berlangsung di Negeri Sarawak pada 17 sehingga 24 Ogos 2024 yang melibatkan sebanyak jenis 37 sukan. Pada penyertaan kali ini Kontinjen Negeri Selangor akan menyertai kesemua jenis sukan yang dipertandingkan.

    Kontinjen SUKMA negeri Selangor telah mula mempersiapkan pasukan sejak bulan Januari 2023 sejurus tamat SUKMA 2022. Kini Program Persediaan SUKMA Kontinjen Negeri Selangor telah memasuki Fasa ke-3 yang bermula dari bulan April hingga Ogos 2024. Fasa ini merupakan peringkat yang amat penting bagi pasukan untuk menyenaraikan senarai pendek atlet yang terbaik daripada senarai panjang yang telah didaftarkan. Pasukan sedang menjalani latihan dalam intensiti yang lebih tinggi dan atlet juga akan didedahkan kepada beberapa kejohanan dan perlawanan persahabatan / simulasi bagi mengadaptasi teknikal dan taktikal jurulatih.

    Seramai 1138 jumlah atlet dan pegawai telah didaftarkan melalui senarai panjang ‘longlist’. Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan atlet tersebut akan berubah sejurus pendaftaran senarai pendek ‘shortlist’ SUKMA yang akan ditutup pada 5 Julai 2024. Hanya atlet yang berpontesi untuk memenangi pingat dan melepasi syarat penilaian prestasi akan dihantar bagi menyertai Temasya tersebut.

    Berdasarkan prestasi semasa semua pasukan dan atlet, Kontinjen SUKMA Negeri Selangor mensasarkan untuk berada di kelompok 3 negeri terbaik, dengan sasaran pingat Emas keseluruhan sebanyak 61 pingat.

    (Pelarasan jawapan melalui pertanyaan lisan Daripada YB. Tuan Chua Wei Kiat (Rawang) berkaitan perancangan Negeri Selangor bertindak sebagai Tuan Rumah Temasya SUKMA akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.