Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

393) PROGRAM BANTUAN KEWANGAN SEKOLAH

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan boleh membuka permohonan bantuan kewangan sekolah tahun 2024?

    Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan salah satu inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam menyokong usaha menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar sekolah. Permohonan bantuan pada tahun 2024 akan dibuka setelah fokus dan kaedah pelaksanaan tahun semasa dimuktamadkan dalam usaha memastikan pemberian bantuan yang lebih bersasar dan menepati aspirasi pendidikan Negeri Selangor.

  2. Jangkaan Kerajaan Negeri akan memberi bantuan kewangan Selangor tahun 2024?

    Penyerahan peruntukan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor dijangka akan dilaksanakan pada Oktober 2024 setelah proses semakan dan penilaian permohonan selesai berdasarkan jumlah peruntukan yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2024.

  3. Jumlah peruntukan yang ditawarkan dalam program bantuan kewangan sekolah dari tahun 2009 hingga 2024.

    Rekod penyaluran sumbangan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2019 sehingga 2023 adalah berjumlah RM129,000,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.