Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

390) JALAN SIJANGKANG UTAMA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil dan status naik taraf bagi Jalan Sijangkang Utama yang teruk dan berlubang-lubang?

    Status pembaikan kerosakan Jalan Sijangkang Utama sedang diambil tindakan pembaikan melalui kerja-kerja sebutharga dengan menggunakan peruntukan MARRIS dan P12 melibatkan masing-masing seperti berikut:

    1. Kerja-Kerja Membaikpulih Permukaan Jalan Yang Telah Rosak Serta Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan Di KM 0.80 Hingga KM 2.30 Di Jalan Sijangkang Utama, Daerah Kuala Langat (Peruntukan MARRIS).
    2. Menaiktaraf jalan dan membaiki jalan yang mendap serta kerja-kerja lain yang berkaitan di KM 4.00 hingga KM 5.50 Jalan Sijangkang Utama, Daerah Kuala Langat (peruntukan P12).

Lampiran

Tiada Lampiran.