Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

388) USAHA PELANCONGAN DI PETALING JAYA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan di Petaling Jaya?

    TSSB

    Pada tahun 2023, kedatangan pelancong ke daerah Petaling adalah sebanyak 4,101,653. Prestasi yang dicatatkan pada tahun 2023 telah merekodkan peningkatan yang sangat menggalakkan iaitu sebanyak 56% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022.

    Dari aspek kekuatan produk pelancongan di Petaling Jaya, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor meletakkan Petaling Jaya di beberapa segmentasi pelancongan utama seperti berikut:-

    1. Pelancongan Membeli-Belah dan Taman Tema seperti 1 Utama, The Curve, Jumpstreet Asia, Kidzania dan Paradigm Mall
    2. Pelancongan Seni & Budaya di mana Petaling Jaya sendiri dikenali sebagai Kota Seni yang sering menganjurkan acara berbentuk kesenian dan kebudayaan sepanjang Tahun
    3. Pelancongan Gastronomi (Makanan) di mana terdapat banyak restoran, kedai makanan, cafe, coffee shop yang unik dan menarik untuk dikunjungi.
    4. Pelancongan Pendidikan, memandangkan Petaling Jaya mempunyai bilangan universiti yang terbaik diantaranya Monash Universiti , Taylors Universiti,Sunway universiti dan Segi Kole
    5. Pelancongan Perubatan (Medical Tourism), hospital-hospital yang terbaik di Selangor diantaranya Subang Medical Centre, Sunway Medical Centre, KPJ Hospital, Assunta Hospital dan lain-lain.

    Secara amnya, pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor giat mengadakan kerjasama dan kolaborasi dengan pihak pengurusan produk pelancongan di Petaling Jaya bagi merangka strategi pemasaran untuk tujuan promosi di dalam meningkatkan jumlah pengunjung dan pelancong ke Petaling Jaya. Berikut merupakan strategi promosi bagi meningkatkan pelancongan di Petaling Jaya.

    1. Mempergiatkan kempen domestik “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!”, Kempen “Splendid Selangor” dan yang akan datang Tahun Melawat Selangor 2025 dengan mempromosikan produk-produk pelancongan di Petaling Jaya sebagai produk pelancongan utama untuk dilawati.
    2. Penganjuran program, acara atau pameran pelancongan oleh Tourism Selangor di kawasan atau produk pelancongan di Petaling Jaya  di dalam mewujudkan kesedaran terhadap produk-produk yang baru yang terdapat di daerah-daerah negeri Selangor.
    3. Tourism Selangor bekerjasama dengan PBT/ADN dengan membawa mereka sebagai delegasi negeri Selangor ke siri promosi luar negara, seperti contoh ITB Berlin dan Arabian Travel Market, Dubai mengikut sasaran pasaran.
    4. Mengadakan lawatan FAM Trip kepada agensi pelancongan , pihak media ke produk-produk pelancongan di sekitar Petaling Jaya yang mempunyai potensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan.
    5. Melancarkan pakej pelancongan khas dan dipromosikan dan dikomersialkan kepada beberapa sasaran pasaran pelancongan.
    6. Meningkatkan jumlah promosi melalui sosial media, digital dan atas talian dengan menyediakan lebih banyak konten kreatif mengenai produk pelancongan di sekitar Petaling Jaya.MBPJ

      Jawapan a dan b dijawab bersekali.

      Di antara usaha MBPJ untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan di Petaling Jaya adalah seperti berikut:-

      • MBPJ aktif menganjurkan program-program berbentuk kesenian dan kebudayaan yang boleh diangkat sebagai bahan-bahan untuk mempromosi pelancongan di Petaling Jaya. Usaha-usaha yang dijalankan oleh Pihak Majlis untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan Petaling Jaya adalah seperti berikut:-
        Program-program Lain Yang Pernah Dianjurkan di peringkat Antarabangsa

        Pihak Majlis menerbitkan buku Colours of Petaling Jaya yang memaparkan lokasi-lokasi tempat menarik di Petaling Jaya meliputi pusat membeli belah, pusat sukan rekreasi, tempat ibadah dan pusat makanan. Buku tersebut diedarkan kepada Tourism Selangor. Buku ini juga diterbitkan dalam versi eBook.

        Pihak Majlis juga menerusi inisiatif sendiri telah mewujudkan akaun-akaun media sosial untuk mempromsi secara terus program-program tersebut kepada umum. Akaun-akaun media sosial tersebut adalah seperti berikut :

    • Facebook : MBPJ Cultural, Arts & Tourism
    • Youtube : KOTA SENI PJ
    • Instagram : kotasenipj
    • TikTok : PJ Jazz Corner
    • e-billboard untuk hebahan
  2. Apakah usaha MBPJ untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan di Petaling Jaya?

    1. MBPJJawapan a dan b dijawab bersekali.

      Di antara usaha MBPJ untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan di Petaling Jaya adalah seperti berikut:-

      • MBPJ aktif menganjurkan program-program berbentuk kesenian dan kebudayaan yang boleh diangkat sebagai bahan-bahan untuk mempromosi pelancongan di Petaling Jaya. Usaha-usaha yang dijalankan oleh Pihak Majlis untuk mempromosikan dan meningkatkan pelancongan Petaling Jaya adalah seperti berikut:-
        Program-program Lain Yang Pernah Dianjurkan di peringkat Antarabangsa

        Pihak Majlis menerbitkan buku Colours of Petaling Jaya yang memaparkan lokasi-lokasi tempat menarik di Petaling Jaya meliputi pusat membeli belah, pusat sukan rekreasi, tempat ibadah dan pusat makanan. Buku tersebut diedarkan kepada Tourism Selangor. Buku ini juga diterbitkan dalam versi eBook.

        Pihak Majlis juga menerusi inisiatif sendiri telah mewujudkan akaun-akaun media sosial untuk mempromsi secara terus program-program tersebut kepada umum. Akaun-akaun media sosial tersebut adalah seperti berikut :

    • Facebook : MBPJ Cultural, Arts & Tourism
    • Youtube : KOTA SENI PJ
    • Instagram : kotasenipj
    • TikTok : PJ Jazz Corner
    • e-billboard untuk hebahan

Lampiran

Tiada Lampiran.