Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
387) PEMBAIKAN RUMAH IBADAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah terdapat peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Selangor bagi tujuan pembaikan/ menaik taraf rumah ibadat? (masjid, surau dan rumah ibadah bukan Islam)
SPBT
Bagi rumah-rumah ibadat selain Islam (RISI), Kerajaan Negeri Selangor sejak 2009 telah menyediakan peruntukan bagi tujuan baik pulih dan kelas keagamaan melalui Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS).
JAIS
Ya, ada. Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan untuk tujuan pembaikan dan naik taraf bagi masjid dan surau.
-
Sekiranya ada, apakah bentuk bantuan yang diberikan dan bagaimanakah cara untuk memohon?
SPBT
Peruntukan LIMAS boleh dimohon oleh badan keagamaan atau persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (ROS) melalui Sistem Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao) Selangor melalui pautan http://limas.selangor.gov.my.
Peruntukan ini boleh dimohon bagi tujuan-tujuan seperti berikut:
- Baik pulih bangunan keagamaan sedia ada;
- Sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan dan pembinaan baru bangunan keagamaan;
- Pendidikan keagamaan; dan
- Pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama.JAIS
Bentuk bantuan yang diberikan adalah dari segi pembaikan baik pulih bangunan masjid atau surau serta kerja- kerja naik taraf bangunan masjid dan surau yang dikenalpasti perlu dibaiki atau dinaik taraf.Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat-pejabat agama daerah (PAID) dimana pegawai yang berkaitan akan turun ke lokasi yang diadukan untuk mengesahkan kerja-kerja pembaikan atau naik taraf perlu dilaksanakan oleh pihak JAIS, seterusnya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Rancangan Baikpulih Jabatan di peringkat JAIS.