Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

385) ISU BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan untuk mengatasi masalah banjir di Bukit Kemuning?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melaksanakan projek dan kerja mitigasi banjir di Bukit Kemuning dengan kos berjumlah RM42,211,406.00. Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM27,211,406.00 adalah menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri dan RM15,000,000.00 menggunakan Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit. Berikut adalah projek dan kerja mitigasi banjir yang dilaksanakan di Bukit Kemuning:-

  2. Apakah status SASUD yang diumumkan pada 2022 untuk mengatasi masalah perparitan di Sri Muda?

    Pihak Majlis telah menjalankan dua (2) projek pam di kawasan Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam melalui projek Cadangan Membina Rumah Pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 Serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Cadangan Membina Rumah Pam di Persiaran Pam (Berhampiran Surau At-Taqwa) Serta Kerja-Kerja Berkaitan Infrastruktur di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam. Kerja-kerja pam tersebut masih dilaksanakan di tapak dan proses kerja adalah 90% siap.

    Selain itu, pihak Majlis juga sedang melaksanakan projek melalui tajuk Cadangan Kerja-kerja Menaiktaraf Longkang, Pembentung dan Parit Erong Serta Kerja-kerja Berkaitan di Jalan Gemilang 25/1, Jalan Abadi 25/56, Jalan Gagah 25/99 dan Jalan Hasrat 25/79, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam. Kerja-kerja tersebut masih berjalan dan proses kerja adalah 80%.

    Tambahan, pihak Majlis juga sedang dalam proses lantikan kontraktor bagi kerja-kerja Cadangan Menaiktaraf Longkang, Pembentung dan Tembok Longkang di Jalan Tekun 25/43, Jalan Mahir Dua 25/44b, Jalan Ikhlas 25/38, Jalan Khidmat 25/35, Jalan Harapan 25/29 dan Jalan Teladan 25/22, Seksyen 25, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam.

  3. Apakah tindakan kerajaan terhadap TNB yang gagal menyiapkan penyambungan tenaga elektrik di pam skru Sri Muda?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperoleh kelulusan daripada pihak KUSEL pada 21 Jun 2024 untuk membayar permit bagi melaksanakan kerja penyambungan tenaga elektrik di pam skru Taman Sri Muda. Kerja penyambungan tenaga elektrik oleh pihak TNB dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada 5 Julai 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.