Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

384) SELANGOR SOFT LANDING PROGRAMME

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan Selangor Soft Landing Programme?

    Sehingga kini, Invest Selangor sedang giat menjalankan promosi bagi inisiatif ini di dalam dan luar negara. Promosi dilaksanakan melalui penghebahan laman sesawang, media sosial Invest Selangor untuk menarik minat potensi pelabur untuk menyertai program ini. Selain itu juga promosi melalui dewan-dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa dan wakil-wakil MIDA di luar negara.

  2. Berapakah jumlah pelabur berpotensi yang telah mengambil manfaat program ini?

    Sehingga kini, sebuah syarikat daripada Belanda telah menyertai program ini dan 3 buah lagi syarikat lagi dari Malaysia, Belanda dan Jerman telah memberikan komitmen untuk menyertai program ini dalam masa yang terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.