Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
380) TAPAK PENIAGA DI BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dengan kemunculan semakin ramai peniaga dan penjaja jalanan di sekitar Bandar Puncak Alam, adakah Kerajaan Negeri melalui PBT mempunyai perancangan untuk mewartakan tapak-tapak baharu bagi permohonan permit?
Terdapat sebanyak sepuluh buah tapak penjaja yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor bagi menampung keperluan penjaja yang ingin berniaga di sekitar kawasan Puncak Alam.
MPKS menyediakan sejumlah 483 petak penjaja di ke semua tapak tersebut. Bagi memberi lebih peluang kepada penjaja yang hendak berniaga, MPKS telah membahagikan waktu berniaga kepada tiga sesi.
Sesi pagi bermula seawal jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sesi petang bermula jam 12.00 tengah hari menjangkau ke jam 6.00 petang. Manakala sesi malam bermula jam 6.00 petang sehingga 12.00 malam.
Sebanyak 379 petak kosong boleh ditawarkan kepada penjaja bagi setiap sesi. Jika mengikut pecahan, masih terdapat 145 kekosongan bagi sesi pagi. Diikuti 77 petak kosong bagi sesi petang. Manakala bagi sesi malam pula terdapat 157 kekosongan petak yang boleh diisi oleh penjaja-penjaja yang ada.
Jumlah petak penjaja yang ada dan yang kosong ini masih boleh menampung permintaan penjaja yang berhasrat untuk berniaga.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor belum berhasrat untuk menambah tapak-tapak penjaja baharu di kejiranan sedia ada. Pertambahan permintaan penjaja yang meningkat akan ditawarkan ke mana-mana 10 kawasan penjaja di sekitar Bandar Puncak Alam yang masih kosong.
Mereka yang telah menjalankan perniagaan sebagai penjaja di kawasan yang tidak sesuai akan dipindahkan ke tapak-tapak penjaja sedia ada sekitar kawasan yang dimaksudkan.
Maklumat tambahan.
Kekosongan petak penjaja mengikut lokasi tapak penjaja dan sesi.
-
Jika ada, apakah garis masa penambahan ini dan dimanakah lokasi yang dicadangkan?