Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
372) SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan proses pendaftaran Sekolah Agama Persendirian di Selangor?
Kertas EXCO MTES telah diangkat ke EXCO MTES pada 20 Mac 2024 dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 27 Mac 2024 telah menimbangkan dan meluluskan penambahbaikan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor. Pelaksanaan Garis Panduan Pemutihan ini kepada Institusi Tahfiz yang telah dikenalpasti telah dibina dan beroperasi sehingga 31 Disember 2023. Semua Institusi Tahfiz perlu memohon pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga Disember 2024 untuk melayakkan permohonan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) bagi tujuan program pemutihan. Semua Institusi Tahfiz perlu mengemukakan permohonan KMTT kepada PBT selewat-lewatnya sehingga 31 Disember 2025 dan KMTT berkuatkuasa berdasarkan kepada tarikh kelulusan oleh PBT. Sijil Pendaftaran JAIS akan diberikan berdasarkan KMTT yang diluluskan.
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya, yang masih dalam proses dan yang tidak berminat?
Daripada 909 buah sekolah yang berdaftar mengikut data SEMPENI bagi semua kategori sekolah Islam, sebanyak 306 buah sekolah Islam telah mendapat pendaftaran penuh, manakala sebanyak 603 buah sekolah Islam masih dalam proses lanjutan dan telah tamat pendaftaran dan sedang berusaha mendapatkan pendaftaran penuh. Buat masa ini, tiada yang tidak dapat dikesan.
-
Apakah tindakan dan penyelesaian kepada yang tidak berminat atau tidak mampu?
Berdasarkan kepada seksyen 12 (pendaftaran) dalam Enakmen Pengawalan Sekolah sekolah Agama Islam 1988 (pindaan) 2001 bahawa tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Islam melainkan didaftarkan dibawah Enakmen ini. Manakala Seksyen 22 (kesalahan dan penalti) dalam Enakmen yang sama menjelaskan kesalahan menubuhkan dan mengendalikan Sekolah Islam tanpa Perakuan Pendaftaran.
Justeru itu, Jabatan Agama Islam Selangor akan mengambil tindakan tindakan yang sewajarnya mengikut kehendak Enakmen sedia ada selepas tamat program pemutihan pada Disember 2026. Penguatkuasaan akan dilaksana setelah tamat tempoh pelaksanaan GP Pemutihan iaitu bermula pada 2027 kepada Institusi yang tidak berminat untuk mendaftar.
Bagi Institusi yang tidak mampu, inisiatif pengecualian dari Caj Pemajuan terhadap Institusi Tahfiz Persendirian yang terlibat dengan Program Pemutihan dan terhad kepada Institusi yang tidak beroreantasikan keuntungan dan bukan tujuan komersial berdasarkan keputusan MTES No: 5/6/2025.
Inisiatif lain ialah Lembaga Zakat Selangor telah menyediakan sedikit bantuan terhadap kos penyediaan pelan as-built kepada Institusi Tahfiz yang tidak mampu menanggung kos berkaitan.