Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
367) LALUAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri akan menilai semula laluan Bas Selangorku di Kuang terutamanya di Bandar Tasik Puteri kerana banyak kawasan tidak berada dalam lingkungan laluan Bas Selangorku?
Majlis Perbandaran Selayang telah menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan Bandar Tasik Puteri melalui laluan MPS3 (Batu Arang – KTM Sg Buloh) dengan pengoperasian sebanyak dua (2) buah bas dengan jarak 31.3 km. Perkhidmatan tersebut meliputi Jalan Tasik Puteri, Jalan Puteri, Jalan Puteri 7, Persiaran Puteri 3, Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan dan Jalan Bandar Tasik Puteri yang menghubungkan ke MRT Sungai Buloh.
Walaubagaimanapun, bagi memastikan perkhidmatan Bas Smart Selangor dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan Kuang dan Bandar Tasik Puteri, maka Majlis telah mengambil inisiatif bagi mengkaji keperluan penyediaan feeder van / shuttle on demand bagi menyokong laluan sedia ada (main trunk). Perkhidmatan sokongan tersebut akan melalui kawasan yang tidak diliputi perkhidmatan sedia ada disebabkan kekangan ketersediaan infrastruktur sedia ada seperti keadaan jalan yang sempit dan tidak sesuai dilalui oleh bas sedia ada. Disamping itu juga, cadangan tersebut adalah bertujuan untuk tidak menganggu prestasi laluan sedia ada. Namun demikian, cadangan tersebut tertakluk kepada peruntukan sedia ada serta tanggungan oleh Kerajaan Negeri Selangor.