Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

361) PENSWASTAAN DEWAN-DEWAN ORANG RAMAI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan lanjut Kerajaan Negeri berhubung isu penswastaan Dewan-Dewan Orang Ramai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor sehingga mengakibatkan kenaikan harga yang tinggi?

    Untuk makluman Yang Berhormat, penswastaan sebahagian Dewan Orang Ramai adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan penyelenggaraan fasiliti serta menambah keselesaan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sentiasa memastikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjalankan proses kajian semula terhadap penswastaan kemudahan dewan agar ia dapat dinikmati oleh masyarakat tanpa mengorbankan aksesibiliti dan memastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan.

Lampiran

Tiada Lampiran.