Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
358) ISU TANAH PERKUBURAN ISLAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah penyelesaian bagi isu tanah perkuburan Islam Rawang di Garing Jaya yang bakal penuh tidak lama lagi?
Bagi menyelesaikan isu tanah perkuburan Islam Rawang di Garing Jaya yang bakal penuh, pihak JAIS sedang berusaha agar Tanah Perkuburan Tasik Puteri dan Sg. Choh untuk dijadikan lokasi pengebumian jenazah sementara. Usaha sedang diambil oleh Pejabat Daerah Tanah (PDT) Gombak dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi mengenalpasti tapak baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perkuburan yang akan dikongsi juga untuk keperluan Masjid Nurul Iman Pekan Rawang, Masjid Al-Falah Tun Teja dan Masjid Batu 6, Rawang.
-
Nyatakan kawasan yang mengalami masalah tanah perkuburan Islam yang tidak mencukupi dan cara penyelesaiannya.
Kajian PDT Gombak dengan pihak JAIS di daerah Gombak mendapati terdapat 30 Tanah Perkuburan Islam (TPI) yang berkeluasan 360 ekar telah diwartakan. Namun penggunaan tapak tersebut adalah terhad memandangkan 200 ekar TPI disana adalah kawasan berbukit dan bercerun yang memerlukan kos pembukaan tanah baru yang sangat tinggi serta kekurangan peruntukan untuk membuka kawasan baru untuk TPI.
Pihak JAIS akan terus berusaha dan berbincang dengan agensi-agensi lain agar untuk pembukaan kawasan baru, perlu diberi kawasan yang besar dan merentas kariah, tidak di kawasan cerun dan berbukit kerana kesukaran untuk proses perataan tanah.
Pihak JAIS juga akan memberi cadangan kepada kerajaan agar pembukaan kawasan baru oleh pemaju perlu dinilai semula caj caruman kubur mengikut lot. Selain itu, JAIS turut sedang mengkaji semula caj gali kubur agar caj di kawasan bandar dan luar bandar adalah dapat diselaraskan semula mengikut kawasan.