Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
345) PUSAT DIALISIS DI KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina pusat dialisis baru di Daerah Kuala Selangor bagi menampung keperluan pesakit dialisis di sana?
Bantuan bagi pesakit dialisis boleh diperoleh di bawah Bantuan Sihat Selangor (BSS). Pesakit yang layak akan menerima bantuan rawatan dialisis di panel dialisis yang berdaftar di bawah Program BSS. Berhubung cadangan pembinaan pusat dialisis, buat masa ini tiada perancangan bagi membina pusat dialisis baru kerana pembangunan pusat dialisis memerlukan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Selain itu, ianya melibatkan implikasi kewangan yang tinggi bagi aspek pembangunan dan pengurusan pusat dialisis tersebut.
-
Apakah terdapat cadangan untuk memperluas akses kepada Panel Dialisis Sihat di Kuala Selangor khususnya di DUN Bukit Melawati?
Kerajaan Negeri mengalukan-alukan kesediaan pusat dialisis berdaftar, termasuk di DUN Bukit Melawati untuk menjadi sebagai panel dialisis di bawah Program BSS. Pusat dialisis yang berminat untuk menjadi panel boleh mendaftar secara atas talian di laman sesawang https://bantuansihat.selangor.gov.my/ dan permohonan diproses dalam tempoh 14 hari berkerja sekiranya borang yang diterima adalah lengkap.