Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
342) INFRASTRUKTUR KAMPUNG SRI SENTOSA, MUKIM IJOK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri beserta garis masa dalam mewujudkan infrastruktur sistem perparitan asas di Kampung Sri Sentosa, Mukim Ijok?
Kampung Seri Sentosa, Mukim jok telah wujud dari Permohonan Pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965, secara berkelompok bagi tujuan bangunan kediaman. Zoning kawasan tersebut merupakan zoning kediaman.
Sebanyak 240 plot disediakan untuk pemberimilikan, di mana jumlah yang telah diluluskan sebanyak 180 plot iaitu 177 plot (MMKN 10/2013 pada 13/3/2013) dan 3 plot (MMKN 2/2017 pada 18/01/2017).
10 plot tidak dibayar dan 4 plot telah dimohon semula.
Tujuan pemberimilikan adalah untuk membantu penduduk kampung membina rumah kediaman sendiri dengan dikenakan bayaran secara nominal (RM1,000). Namun hanya sebahagian keil berjumlah 180 pemohon penduduk telah menjelaskan bayaran premium dan kerja ukur juga telah dilaksanakan oleh pihak JUPEM.
Namun selepas proses kerja ukur dilaksanakan didapati terdapat beberapa rumah dan kilang-kilang yang telah wujud sebelum pemberimilikan tidak termasuk ke dalam lot-lot yang diberikan.
Didapati juga mash ramai pemilik tanah yang belum membina sebarang rumah di atas lot – lot berkaitan. Terdapat juga pemilik tanah yang yang telah menjual lot-lot tanah berkaitan kepada pengusaha-pengusaha kilang (industri) yang mana juga telah melanggar syarat tanah. Sebanyak 9 hakmilik telah dijual/dipindahmilik dengan syarat menjelaskan bayaran premium khas untuk batal kaveat pendaftar.
Dengan ini, perancangan bagi penyediaan infrastruktur dan perparitan hanya dapat dilaksanakan setelah isu pelanggaran syarat tanah dipatuhi dan penduduk yang mendapat hakmilik mula membina rumah di atas lot-lot berkenaan.