Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

341) PUSAT WARGA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas di DUN Sungai Pelek?

    DUN Sungai Pelek terletak di bawah Parlimen Sepang dan terdapat sebuah PAWE yang ditubuhkan iaitu PAWE Pelangi Impian, di Kg Hulu Chuchuh. PAWE tersebut dioperasikan oleh Persatuan Aktiviti Warga Emas Pelangi Impian.

  2. Apakah pelan perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam memaksimakan penggunaan balai raya sebagai pusat latihan dan pusat kegiatan warga emas?

    Pada masa ini, balai raya berfungsi sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Selain itu, balai raya turut digunakan sebagai pusat penempatan atau pemindahan sementara mangsa bencana yang diselenggarakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah. Oleh itu, penduduk kampung dan JPKK boleh menggunakan balai raya yang ada secara gunasama untuk aktiviti kemasyarakatan termasuk aktiviti yang melibatkan warga emas.

Lampiran

Tiada Lampiran.