Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
340) SABDA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Projek penaiktarafan infrastruktur bangunan Pusat Konvervasi Kelip-kelip Sungai Panjang siap sepenuhnya, apakah bentuk promosi dan pengiklanan yang telah dilakukan SABDA untuk menarik pelancong datang?
Bentuk promosi dan pengiklanan yang telah dilakukan SABDA untuk menarik pelancong datang ke Pusat Konvervasi Kelip-kelip Sungai Panjang ialah:
- Kerjasama dengan Agensi Pelancongan: Bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan dan Tourism Selangor untuk menjadikan pusat konservasi kelip-kelip ini sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi oleh pelancong di Sabak Bernam.
-
Apakah status terkini 18 projek di bawah SABDA serta nyatakan projek telah mencapai 80% semenjak dilaksanakan?
Status terkini 18 projek di bawah SABDA adalah seperti berikut:
- Selesai: Dua (2) projek
- Digugurkan: Dua (2) projek
- Sedang dilaksanakan: 14 projek
Dan berdasarkan 18 projek ini, tiga (3) projek telah mencapai 80% semenjak dilaksanakan iaitu:
- Kelip-Kelip Sg Panjang
- Lebuhraya WCE – Gerbang ke Wilayah Pembangunan Sabak Bernam
- Eko-Pelancongan Ban Canal