Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
328) SEKOLAH DI BANDAR TASIK PUTERI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan membina sekolah di Bandar Tasik Puteri, terutamanya sekolah menengah kerana kepadatan penduduk yang semakin meningkat mengakibatkan sekolah sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar sehingga ada pelajar terpaksa bersekolah di luar kawasan Bandar Tasik Puteri?
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan isu kepadatan sekolah. Untuk makluman terdapat dua (2) sekolah rendah iaitu SK Bandar Tasik Puteri dan SK Tasik Puteri (2) dan satu (1) sekolah menengah iaitu SMK Bandar Tasik Puteri di kawasan Bandar Tasik Puteri.
SK Bandar Tasik Puteri mempunyai murid melebihi 2300 orang, SK Tasik Puteri (2) melebihi 1800 orang dan SMK Bandar Tasik Puteri melebihi 2700 orang. Ketiga-tiga sekolah telah berstatus padat. Oleh itu, dalam RMKe-12 RP5 permohonan pembinaan sekolah baharu iaitu SMK Bandar Tasik Puteri (2) dengan 42 bilik darjah telah diangkat namun kelulusannya adalah bergantung kepada pertimbangan agensi pusat dan akan diketahui selepas pengumuman bajet pada bulan Oktober 2024.
Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), JPN Selangor telah merancang untuk mengangkat permohonan pembinaan sekolah baharu bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar. Walaubagaimanapun, JPN Selangor perlu mengenal pasti tapak yang sesuai sebelum permohonan perolehan tanah dan pembinaan sekolah baharu tersebut dilaksanakan.