Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

325) TANAM SEMULA POKOK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pokok yang telah ditanam semula oleh Kerajaan Negeri mahupun PBT bagi tahun 2023 dan 2024?

    Jumlah pokok yang telah ditanam semula oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2023 dan 2024 seperti berikut:

  2. Berapakah jumlah kredit karbon yang dikumpul oleh Kerajaan Negeri?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor masih belum mempunyai kaedah atau mekanisme yang bersesuaian untuk mengira pengumpulan kredit karbon peringkat negeri. Ini berikutan semua urusan berkaitan pasaran karbon diselaraskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) selaku focal point dan pihak berkuasa kebangsaan di bawah The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC). Sebagai focal point, NRES kini sedang dalam proses menggubal Dasar Pasaran Karbon Negara, yang akan menyediakan panduan strategik terhadap inisiatif pasaran karbon negara yang akan dijadikan rujukan oleh semua pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri.

    Walau bagaimanapun, dalam menyokong inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah awal untuk membuat penilaian dan perancangan berkaitan pasaran kredit karbon. Antara perancangan yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:

    • Kajian kebolehlaksanaan program pengurusan imbangan karbon bagi pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti dalam komponen perhutanan;
    • Mempergiatkan aktiviti penanaman pokok di seluruh Negeri Selangor di bawah Projek Penanaman 11 Juta Pokok dengan kerjasama semua Jabatan, Agensi dan PBT Negeri Selangor sebagai persediaan kepada pelaksanaan pengumpulan kredit karbon negeri;
    • Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) akan meneliti dan memperhalusi pelaksanaan kredit karbon di Negeri Selangor melalui penyediaan dasar khusus yang menyeluruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.