Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
323) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini perobohan stadium Shah Alam?
Status terkini Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam adalah kerja-kerja pemasangan adang (“hoarding”), pejabat tapak (“site office”), ujian tanah dan kerja-kerja awalan telah siap manakala kerja-kerja fizikal perobohan dijangka bermula pada 1 Julai 2024 sebaik sahaja permit jalan keluar masuk dari MBSA diperolehi.