Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
315) DASAR PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara yang berkuatkuasa hari ini? Nyatakan asas pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan seluas 49 ekar di Daerah Petaling kepada Teroka Bakti Sdn. Bhd.
Dasar Pembermilikan Tanah Kerajaan adalah mengikut Pekeliing PTGS Bil 6/2011 bagi Garis Panduan Skim Pemilikan dan Pekeliling PTGS Bil 3/2020 bagi Dasar Baharu Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 15/2022 pada 22 Jun 2022 telah bersetuju agar Pekeliling sedia ada ditambahbaik merangkumi perkara berikut :-
- Penetapan tempoh masa proses permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan;
- Kaedah permohonan Tanah Kerajaan yang lebih telus;
- Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara pada permohonan yang lepas tidak boleh dijadikan asas pertimbangan dalam permohonan pemberimilikan Tanah Kerajaan;
- Ketetapan/Dasar terhadap pertimbangan bagi permohonan semula oleh pemohon atau ahli keluarga bagi Notis 5A yang telah tamat tempoh.
Asas pelupusan pemberimilikan Tanah Kerajaan seluas 49 ekar kepada Teroka Bakti Sdn Bhd adalah seperti di Lampiran A.