Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
307) PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SMK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan kepada sekolah di DUN Hulu Bernam bagi tahun 2023 dan 2024?
Direkodkan pada tahun 2023, sumbangan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada sekolah-sekolah di DUN Hulu Bernam bagi membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur sekolah adalah berjumlah RM285,000.00 dengan perincian seperti berikut:
-
Apakah kategori permohonan sekolah-sekolah tersebut?
Skop kerja bagi permohonan yang diluluskan pada tahun 2023 mengikut sekolah adalah seperti berikut:
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menangani isu kapasiti pelajar SMK Kalumpang yang maksimum? Pelajar dari Hulu Bernam terpaksa bersekolah di Tanjung Malim.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan isu setempat. Untuk makluman YB, SMK Kalumpang mempunyai dua aliran iaitu aliran perdana dan aliran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bilangan murid sekolah ini adalah seramai 477 orang (termasuk 22 orang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas Integrasi dan seorang murid mengikuti Program Pendidikan Inklusif Penuh).
SMK Kalumpang mempunyai 21 bilik darjah dengan kapasiti optimum seramai 630 murid. Ini bermaksud sekolah ini masih beroperasi di bawah kapasiti optimum. Sekolah ini masih beroperasi dalam satu (1) sesi yang mana apabila terdesak ia boleh beroperasi dengan dua (2) sesi, manakala bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sekolah ini beroperasi dengan kelulusan 2 waran kelas.
JPN Selangor juga mengambil maklum ramai murid dari SK Hulu Bernam yang menyambung pendidikan peringkat menengah di Tanjung Malim. Ini kerana jarak ke sekolah di Tanjung Malim lebih dekat iaitu kurang 5 km berbanding bersekolah di SMK Kalumpang yang jaraknya lebih 7 km.
Namun begitu, JPN Selangor telah mengenal pasti tanah seluas 15 ekar di Taman Bernam Jaya yang jaraknya 5 km dari SK Hulu Bernam bagi pembinaan SK dan SMK Bernam Jaya. Perolehan tanah juga telah dibuat dalam RMKe-12 RP5.