Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

296) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan Rumah Selangorku yang telah diduduki pada tahun 2023 sehingga kini.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 20 projek dengan 4,253 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci dari tahun 2023 sehingga kini.

  2. Nyatakan projek terbaru Rumah Selangorku di Kuala Langat khususnya di DUN Morib dan namakan syarikat pemajunya.

    Sehingga 31 Mei 2024, terdapat 3 projek dengan 480 unit Rumah Selangorku sedang dalam pembinaan manakala 3 projek lagi dengan 964 unit masih diperingkat perancangan di DUN Morib. Walau bagaimanapun, jumlah ini melibatkan 2 projek yang telah dikategorikan sebagai projek bermasalah memandangkan Kerajaan Negeri masih meletakkan kedua-dua projek tersebut dalam pemerhatian ketat bagi memastikan kerja pembinaan dilaksanakan di lapangan.

    Perincian projek mengikut Mukim di DUN Morib adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.