Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

290) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah pelajar yang mendaftar berbanding pelajar terlibat secara aktif di dalam program ini pada tahun 2023?

    MBI telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk tahun 2023. Bagi tahun 2024 pula, MBI juga memperuntukkan dana sebanyak RM7 juta manakala Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta menjadikan jumlah keseluruhan dana untuk PTRS tahun 2024 adalah berjumlah RM10 juta.

    Untuk makluman, seramai 65 ribu pelajar SPM di Selangor yang telah menerima modul PTRS pada tahun 2023. Manakala jumlah pelajar SPM yang menyertai tuisyen di bawah PTRS adalah seramai 8,435 pelajar di mana pelajar ini dipilih berdasarkan had pendapatan ibu bapa di bawah RM5 ribu sebulan.

    Program tuisyen percuma secara atas talian boleh diakses di laman web www.eptrs.com.my. Didalam laman web ini mengandungi video-video pembelajaran, video pecutan akhir SPM, modul-modul subjek PTRS dan soalan-soalan ramalan SPM yang mengikut silibus terkini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Peruntukan bagi tahun ini untuk tujuan penyelenggaraan dan penambaikan laman web adalah sekitar RM400 ribu.

     

  2. Adakah program ini berjaya mencapai objektif penubuhan?

    Keberkesanan program ini boleh dinilai melalui pencapaian peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi semua pelajar yang terlibat serta akan direkodkan melalui sistem ePTRS (admin). Data ini kemudian akan dibandingkan dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Untuk rekod, Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun 2023 adalah 4.67% berbanding pada tahun 2022 adalah 4.80% iaitu perbezaan peratusan adalah sebanyak 0.13%. Pencapaian ini turut diukur berdasarkan kepada pencapaian layak sijil SPM sebagai contoh jumlah pelajar yang layak menerima sijil pada tahun 2023 adalah seramai 58,082 orang berbanding pada tahun 2022 seramai 56,402 orang iaitu perbezaan peratusan pada tahun 2023 sebanyak 91.14% berbanding tahun 2022 sebanyak 89.25% Ini membuktikan bahawa PTRS telah berjaya membantu meningkatkan pencapaian SPM di negeri Selangor.

  3. Nyatakan jumlah pelajar yang mendaftar mengikut kawasan di Negeri Selangor.

    Pelajar yang berdaftar adalah pelajar yang mengikuti kelas tuisyen PTRS secara fizikal. Berikut merupakan jumlah pelajar yang berdaftar bagi tahun 2023 mengikut Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) :-

    Namun begitu, kesemua pelajar Tingkatan 5 pada tahun 2023 adalah dikira pelajar PTRS kerana telah mendapat manfaat modul-modul mata pelajaran yang telah dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.