Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

286) PENCERAIAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes penceraian di Negeri Selangor dari tahun 2020-2023?

    Berikut adalah jumlah pendaftaran bagi kes penceraian dari tahun 2020 hingga 2023.

  2. Daripada jumlah tersebut berapakah kes penceraian dalam tempoh yang sama untuk Daerah Klang?

    Berdasarkan semakan yang dibuat ke atas data dalam sistem E-Syariah, berikut adalah jumlah pendaftaran bagi kes penceraian di daerah Klang dari tahun 2020 hingga 2023.

  3. Apakah 5 faktor utama punca kes penceraian berlaku?

    Berdasarkan kajian ke atas kes-kes perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah, berikut adalah 5 faktor utama berlakunya perceraian di Negeri Selangor:

    1. Kegagalan suami atau isteri menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga.
    2. Masalah kewangan dan faktor ekonomi.
    3. Pasangan agresif sama ada secara fizikal atau pun lisan.
    4. Pasangan terjebak dengan bahan-bahan terlarang serta melakukan maksiat lain yang bertentangan denga hukum syarak.
    5. Gangguan orang ketiga.

Lampiran

Tiada Lampiran.