Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

282) DASAR TENDER TERBUKA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri sudah tidak mengamalkan Dasar Tender Terbuka?

    Jawapan a, b dan c dijawab bersekali.

    MBI

    Kerajaan Negeri masih mengamalkan Dasar Tender Terbuka. Pelantikan syarikat pengendali perkhidmatan untuk proses pengujian Proof of Concept (POC)
    Projek Rintis DRT telah dibuka kepada semua syarikat yang telah diluluskan oleh Agensi Pengangkutan Awam (APAD) untuk pelaksanaan proses pengujian POC untuk perkhidmatan Bus on Demand atau dikenali sebagai DRT.

    PWN

    Pelantikan syarikat-syarikat sebagai pengendali perkhidmatan bagi proses pengujian POC Projek Rintis DRT adalah terhad kepada syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan daripada APAD bagi memastikan kepatuhan kepada undang-undang yang berkuatkuasa.

    Selaras dengan amalan tadbir urus yang baik dan bertanggungjawab, perolehan Kerajaan Negeri dilaksanakan secara terbuka mengikut prinsip perolehan kerajaan dan peraturan kewangan semasa yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

  2. Jika ya, sejak bilakah ia bermula?

  3. Jika tidak, mengapa projek DRT diberikan tanpa tender terbuka?

Lampiran

Tiada Lampiran.