Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
270) PEMBANGUNAN BERSEPADU DI WILAYAH SELATAN SELANGOR (IDRISS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan pembangunan bagi Integrated Development Region In South Selangor (IDRISS)?
Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Pelaksanaan Projek Pembangunan Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS) 1/2024 yang telah diadakan pada 26 Februari 2024 sebanyak 13 projek pembangunan telah disenaraikan dalam pembangunan IDRISS.
Prestasi kemajuan projek – projek dalam Pembangunan IDRISS seperti berikut;-
Fasa pelaksanaan projek – projek dalam pembangunan IDRISS seperti berikut;-
Daripada projek – projek tersebut sebanyak 9 projek berstatus aktif dan terdapat 4 projek yang berstatus tidak aktif.
Senarai projek – projek yang berstatus aktif seperti berikut;-
- Selangor Business Capital;
- Sepang Goldcoast Global Village
- NCT Smart Industrial and Business Park
- Integrated AgTech and Life Sciences Hub
- Amverton Cove Eco-Integrated Township
- Pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, Selangor (Pulau Carey 3rd Port).
- Carey Island Special Economic Zone (SEZ)
- Selangor Aero Park (SAP)
- Able Business Park 1, Kuala Langat.
Manakala senarai projek – projek yang berstatus tidak aktif seperti berikut;
- New Era University College.
- Unisel Global Campus.
- Putrajaya Holding.
- Guocoland Emerald Sepang