Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

266) EKO PELANCONGAN DI SELANGOR DAN HULU SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Tourism Selangor untuk meningkat eko pelancongan di Selangor terutamanya Hulu Selangor?

    Pihak Kerjaan Negeri melalui Tourism Selangor dengan kerjasama pelbagai pihak pemegang taruh sentiasa berusaha untuk menambahbaik segmen eko pelancongan di Selangor, terutamanya di Hulu Selangor, dengan pelbagai inisiatif dan strategi. Berikut adalah beberapa langkah perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan:

    1. Promosi Tempat-Tempat Tarikan Eko Pelancongan
      1. Mempromosikan kawasan-kawasan eko pelancongan melalui kempen pemasaran yang menyeluruh di media sosial, pameran pelancongan dan kolaborasi dengan pempengaruh. Berikut merupakan destinasi ekopelancongan di Hulu Selangor:

          1. Membuat dokumentari atau video promosi tentang keindahan alam semulajadi di Hulu Selangor dan menyiarkannya di pelbagai platform digital.
        1. Pembangunan Infrastruktur
          1. Meningkatkan capaian ke tempat-tempat eko pelancongan dengan pembinaan jalan, tempat letak kereta, dan kemudahan asas seperti tandas dan tempat rehat.
          2. Menyediakan papan tanda yang jelas dan informatif tentang laluan dan lokasi menarik di kawasan-kawasan ini.
        • Pembangunan Produk Pelancongan
          1. Mengembangkan pakej pelancongan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti mendaki, berkayak, memancing, dan perkhemahan.
          2. Menyediakan pengalaman pelancongan pendidikan yang melibatkan pemeliharaan alam sekitar dan pembelajaran tentang flora dan fauna tempatan.
        1. Kolaborasi dengan Komuniti Setempat
          1. Melibatkan penduduk tempatan dalam aktiviti eko pelancongan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan.
          2. Mempromosikan homestay berlesen  dan produk kraftangan tempatan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan.
        1. CSR Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar
          1. Melaksanakan program pemuliharaan untuk melindungi hutan, sungai, dan habitat semula jadi yang penting di Hulu Selangor.
          2. Menggalakkan pelancong untuk mengamalkan amalan pelancongan yang bertanggungjawab dan lestari, seperti membawa pulang sampah mereka dan tidak merosakkan flora dan fauna tempatan.
        1. Penganjuran Acara dan Aktiviti
          1. Menganjurkan acara tahunan seperti larian eko, pameran alam semula jadi, dan kempen kebersihan untuk menarik perhatian pelancong dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar.
          2. Menyertai pameran pelancongan antarabangsa untuk mempromosikan eko pelancongan di Selangor kepada pasaran global.
  2. Apakah rancangan mempromosikan destinasi eko pelancongan bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa?

    Segmen eko pelancongan sememangnya merupakan segmen pelancongan utama di negeri Selangor. Selangor mempunyai produk eko pelancongan yang sangat menarik untuk diperkenalkan kepada para pelancong. Antara produk-produk utama adalah seperti White Water Rafting, Hulu Selangor, Semangkuk Waterfall, Sungai Tua Eco Forest Park, Kanching Eco Forest Park, Fireflies Park, Kampung Kuantan dan Sky Mirror, Kuala Selangor. Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sering mempromosikan segmen eko pelancongan terutamanya di kawasan Anjung Utara Negeri Selangor melalui program-program atau aktiviti promosi pelancongan luar dan dalam negara.

    Segmen eko pelancongan ini turut diberi tumpuan menerusi kempen penggalakan pelancongan bagi pasaran domestik dan pasaran antarabangsa. Bagi pasaran domestik, Kempen “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!” sedang giat dijalankan bagi menarik para pelancong dari dalam negara sementara untuk pasaran antarabangsa, kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere”.

    Disamping itu, Tourism Selangor turut menjalinkan kerjasama bersama penggiat industri pelancongan yang terdiri daripada persatuan pelancongan dan ejen pelancongan di dalam untuk mempelbagaikan pakej-pakej eko- pelancongan di Selangor.

    Pihak Tourism Selangor juga turut menganjurkan program FAM trip kepada penggiat industri yang terdiri daripada agensi pelancongan yang menjual destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di negeri Selangor, pihak media dan juga persatuan-persatuan berkaitan pelancongan di sepanjang tahun ke produk-produk eko pelancongan negeri Selangor. Ini merupakan usaha berterusan Tourism Selangor di dalam memperkenalkan destinasi dan produk pelancongan kepada para pelancong.

  3. Apakah rancangan naiktaraf kemudahan awam seperti tempat letak kereta, tandas awam di kawasan eko pelancongan?

    Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sememangnya mempunyai perancangan dalam rancangan naik taraf kemudahan awam seperti tempat letak kereta dan tandas awam di kawasan eko pelancongan melibatkan beberapa inisiatif berikut melalui peruntukan Pembangunan Pelancongan P01 negeri Selangor dan juga permohonan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah Program Pemeliharaan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naiktaraf (PPUN) melalui kaedah-kaedah berikut:

    Penilaian dan Perancangan dengan melakukan penilaian terhadap keadaan semasa kemudahan awam di kawasan eko pelancongan untuk mengenal pasti kekurangan dan keperluan peningkatan. Seterusnya merancang pembangunan infrastruktur dengan mengambil kira aspek kelestarian dan minimal impak terhadap alam sekitar.

    Membina tempat letak kereta yang mencukupi dan strategik di pintu masuk kawasan eko pelancongan untuk mengurangkan kesesakan dan memastikan keselamatan pengunjung. Pembinaan ini menggunakan bahan binaan yang mesra alam dan merancang reka bentuk yang tidak mengganggu landskap semula jadi.

    Penambahbaikan Tandas Awam dengan membina tandas awam yang moden, bersih, dan mencukupi untuk menampung jumlah pelancong yang semakin meningkat. Melakukan penyelenggaraan berkala untuk memastikan tandas sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersih.

    Pengurusan dan Penyelenggaraan dengan melantik pasukan pengurusan dan penyelenggaraan yang bertanggungjawab untuk memantau keadaan kemudahan awam dan melakukan tindakan pembaikan segera jika diperlukan.

    Pembangunan Infrastruktur Tambahan seperti membangunkan kawasan rehat dan pondok-pondok teduh yang selesa bagi pelancong untuk berehat.

Lampiran

Tiada Lampiran.