Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

264) LATIHAN USAHAWAN IT (SITEC)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan program Latihan Usahawan IT (SITEC)?

    Latihan Usahawan IT dilaksanakan daripada tahun 2016 sehingga tahun 2022 tidak dilaksanakan sejak tahun 2023 dan telah diganti dan dijenamakan semula dengan program Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) dengan menekankan dan memberi fokus kepada syarikat SME yang lebih berimpak tinggi.

  2. Berapakah jumlah peserta terkumpul latihan ini sejak ia mula dilancarkan?

    Jumlah peserta terkumpul Program Latihan Usahawan IT dari tahun 2018 hingga 2022 adalah 18,645 peserta, dengan rincian sebagai berikut:

    2016 – 1080 peserta

    2017 – 1325 peserta

    2018 – 1670 peserta

    2019 – 2030 peserta

    2020 – 2600 peserta

    2021 – 4292 peserta

    2022 – 8053 peserta.

    Untuk Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) pula, pada tahun 2023, sebanyak 30 syarikat telah disenarai pendek untuk menyertai program ini.

  3. Berapakah peratus kemenjadian peserta selepas mengikuti Latihan Usahawan IT ini?

    Sepanjang berlangsungnya Program Latihan Usahawan IT, pihak Sidec tidak merekodkan perkembangan peserta selepas selesainya program. Program ini adalah program di peringkat akar umbi dan hanya memberi pendedahan dasar berkenaan ekosistem e-dagang secara asas iaitu seperti seminar dan perkongsian oleh pakar industri.

    Manakala, untuk penganjuran program Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX), pihak Sidec telah merekodkan peratus kemenjadian peserta sebanyak 100% selepas selesai program. Ini bermakna semua peserta yang menyertai program ECX telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam perniagaan mereka, sama ada melalui peningkatan jualan, penambahan pelanggan, atau mendapat pelaburan daripada pihak luar. Program ECX ini telah terbukti berjaya dalam membantu peserta mencapai matlamat perniagaan mereka dan membawa impak positif kepada perkembangan industri e-dagang di Selangor.

    Sebagai contoh, salah satu daripada 5 syarikat teratas di dalam program ECX iaitu syarikat The Pastels Shop, sebelum menyertai program ini, jumlah pekerja hanyalah seramai 80 orang dan syarikat tersebut telah berkembang dengan pertambahan jumlah pekerja seramai 156 orang pada masa kini. Pertambahan sebanyak 56 orang ini hanyalah di dalam masa 1 tahun. Syarikat The Pastels Shop juga telah mendapat perhatian daripada pihak syarikat AEON melalui programme ECX23 dan kini produk syarikat mereka telah berjaya memasuki di 59 buah cawangan AEON Wellness Store dan 300 Guardian Store.

Lampiran

Tiada Lampiran.