Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
262) BANTUAN PEKEBUN KECIL TERJEJAS BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan kepada pekebun kecil kelapa sawit yang terjejas pendapatannya akibat bencana banjir?
Tiada peruntukan bantuan yang disediakan kepada pekebun kecil kelapa sawit yang terjejas pendapatannya akibat bencana banjir oleh Kerajaan Negeri pada ketika ini.
-
Apakah mekanisma untuk mendapatkan bantuan atau sumbangan bagi pekebun kecil yang terjejas?
Setakat ini Kerajaan Negeri tiada bantuan khas bagi Pekebun kecil yang terjejas banjir. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan perkara ini akan disemak.