Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

261) TEMPOH MASA PBT MEMBALAS ADUAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan berkenaan tempoh masa untuk PBT terutama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memberikan maklum balas dan mengambil tindakan ke atas aduan-aduan yang diterima mengikut setiap jabatan?

    Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI), merupakan pengukuran prestasi yang digunakan bermula proses penerimaan aduan, perekodan, pengagihan, penyiasatan dan juga pelaporan serta analisis berkaitan aduan.

    Surat Akuan Terima : Dikeluarkan 1 Hari Bekerja

    Tempoh untuk menyelesaikan aduan :

    Pertanyaan : 5 Hari Bekerja

    Biasa          : <15 Hari Bekerja

    Kompleks   : 365 Hari Termasuk Kelepasan AM

Lampiran

Tiada Lampiran.